"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan yang mengerjakan amal-amal soleh, dan orang-orang yang saling berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran."

Tuesday, 6 November 2012

Jangan putus-asa! Teruskan langkah!





Teruskan usahamu merempuh dinding kejahilan, 
Untuk mengembara mencari kebenaran,
Namun, jangan pernah kau lemah kerana cacian,
Sebaliknya jadikan ia pedoman,
Untuk memandu sebuah pelayaran,
mencari sebuah kebenaran,
Walaupun cabaran di hadapan.

Ya! Teruskan langkah itu,
Jangan pernah kau lemah,
Dengan kata nista,
Kerana Rasulullah juga pernah dicaci dan dihina,
Bila mana baginda berdakwah,
Menyampaikan risalah dan agama Allah,
Kerana sifat muslim itu sebenarnya tak berputus-asa,
Biar dicaci tetap gagah.

Teruskan! Berpegang pada prinsip kita,
ALLAH SENTIASA BERSAMA,
 Kebenaran itu perlu dicari bukan dinanti,
Perlu ditegakkan bukan dibanggakan,
Kerana manis takkan selamanya,
Usia tak sentiasa muda,
Dunia tak kekal juga,

Kerana penghujung kita akan pulang kepada-NYA!


No comments:

Post a Comment