Sahabat tika kau
jauh..
Sahabat, tika dirimu
tak berdaya dan lesu,
Di saat itu pula aku
tiada di sampingmu,
Yakinlah bahawa Allah
sentiasa ada untukmu.
Di kala kau ingin
berkongsi dan meluah,
Malah, di waktu itu
juga aku tiada dekat denganmu,
Meluahlah kepada
Allah,
Dia sedia mendengar.
Dialah pengantara
antara kita.
Walau ku tahu kau
perlukan aku tatkala itu.
Kerna meluah kepadaku
tidak bererti tidak kau perlu Dia.
Memerlukanku bukan
bermaksud tak perlukan Dia.
Tapi, memang
fitrahnya manusia butuh teman di kala
Waktu sukar mahu pun
senang.
Dinukilkan istimewa buat sahabat yang jauh di mata tapi sentiasa dekat di hati, Elvessyah Pertiwi bt Mohd Putra. Smg dirimu baik-baik di sana. Allah sayaaaang kamu =')

No comments:
Post a Comment