“Aku memang nak berhijrah tapi aku
rasa macam belum bersedia lagilah. Tapi aku betul-betul nak sangat.”
“Berubah tu memang nak, tapi entahlah
hati belum terbuka kot?”
“Siapa yang tak hendak? Cuma.. Mungkin
belum dapat seru lagi ni. Hmm..”
Alasan
yang berbeza. Namun, masih membawa maksud yang sama. Selalu. Lali. Bosan? Tidak
juga. Cuma memang seringkali telinga kita ditadah sarat dengan alasan-alasan
sebegini rupa. Daripada sahabat-sahabat handai sehinggalah kepada adik-adik
yang ada dalam bulatan.
Apa
pun alasan itu, berapa kali pun telinga lali menadah suara-suara alasan ini.
Kebaikannya adalah membuatkan diri kita menjadi lebih peka dengan keadaan ummah
di sekeliling.
Kenapa?
Kerana ini menyebabkan kita tersangat ingin tahu virus apekah yang telah menyerang sehingga tiap kali bila bercerita
berkisarkan hijrah, alasan yang sama sering diutarakan. Virus jenis apekah ini? Begitu kuat influencenya terhadap masyarakat kita.
Hijrah?
Hijrah?
Kalimah yang tak asing lagi. Kalimah yang sering membuatkan segelintir
masyarakat terkelat-kelat.
Pengertian
asalnya berubah/berpindah kepada yang lebih baik. Daripada yang kurang baik
kepada yang lebih baik.
Mungkin
kalimah hijrah lebih mendalam dan sangat berkesan berbanding berubah. Kerana
berubah boleh jadi kepada yang buruk mahu pun yang baik.
Bagaimana
penghijrahan itu berlaku, tiga elemen yang menjadi tulang belakangnya yakni
hidayah, mujahadah dan istiqomah.
Tanpa
tiga elemen ini menjadi dan berjalan lancarkah penhijrahan kita?
Alasan vs Solusi
Terkena
virus? Maka perlu mencari ubatnya. Perlu mencari solusi untuk mengubati virus
yang tersebar dalam masyarakat kita.
Alasan
yang pertama membuatkan kita terfikir seketika, ingin berubah tapi diri belum
bersedia? Kenapa belum bersedia? Bukankah penghijrahan memerlukan persediaan dari
segi aqli, jasadiy dan ruhiyy?
Hati
belum terbuka? Tak sampai seru? Hidayah tak datang? Owh, apekah?
Hati
kita belum terbuka atau kita yang sengaja menutup rapat? Tak sampai seru atau
kita yang mengeluh? Hidayah tak datang atau kita yang menghalau?
Sebenarnya,
hati kita yang menutup pintunya. Sehinggakan hidayah datang bertandang,
mengetuk pintu hati kita, namun kita langsung tidak menyedari ditambah lagi
tidak mengendahkan?
“Aku dah cuba bentuk dia, dah kira dua
tahun tu. Tapi hidayah masih tak datang, takde rasa nak berubah dia tu!”
Ehem.
Halusi caramu. Membentuk dan menyeru tugas kita, tapi yang memberi hidayah
adalah tugas Allah. Hidayah, bukankah milik Allah?
Anda,
hidayah bukan hanya datang bergolek di hadapan mata sahaja. Bukan datang begitu
sahaja bila hanya dipanggil. Tapi berdoalah, kemudian sertailah dengan usaha
untuk mendapatkannya!
Mungkin
pernah anda terasa ingin mula hendak mendirikan solat cukup lima waktu sehari,
menjadi anak yang lebih baik kepada kedua ibu bapa. Pokoknya, inginkan
kebaikan. Bersyukurlah. Bersyukurlah, kerana itu sebenarnya hidayah yang datang
menerpa mengetuk pintu hatimu. Jangan tutup, bukalah pintu hati itu
seluas-luasnya buat tetamu dari Allah itu. Ini, menjadi titik pertama
penghijrahan itu. Bukalah dan berlapang dadalah!
Muhajarah, Mujahadah dan Istiqomah?
Apa
itu muhajarah? Muhajarah adalah orang yang berhijrah. Jika anda mengalami
penghijrahan, maka andalah muhajarah.
Apa
itu Mujahadah? Mujahadah adalah orang yang berjihad. Berjihad melawan hawa
nafsu. Jika dahulunya anda seorang yang tidak menutup aurat, kamudian dalam
penghijrahan anda itu, teruslah mujahadah agar sentiasa menutup aurat dengan
sempurna. Mujahadahlah untuk terus istiqomah!
Berhijrah? Semudah itukah?
Terlihat
statement ini mengatakan,
“Berubah
itu mudah, istiqomah itu yang susah.”
Maaf,
sekiranya saya tidak bersetuju statement di atas. Sedang para ulama’ dan
fuqaha’ mengalami perbezaan pendapat inikan pula kita yang marhaen ini. Yang
penting, sentiasalah berlapang dada.
Namun, perbezaan pendapat tanpa hujah
layakkah? Berlapang dada berlaku apabila perbezaan pendapat disusuli dengan
hujah. Jadi, bukan sengaja statement ini saya tolak kebenarannya.
Prinsipku, berubah
itu tak mudah, istiqomah itu pula susah. Yelah, nak berubah tanpa taujihat
dan mujahadah, mudahkah? Mudahkah penghijrahan kita tanpa kehadiran orang yang
dapat membimbing kita? Mudahkah sekiranya tanpa mujahadah yang kuat dan gah?
Malah, kita perlukan tarbiah dan taujih untuk
terus melangkah dan bergelar sebagai muhajarah. Dan seterusnya bermujahadah
untuk terus istiqomah. Turut memerlukan pengorbanan.
Cuba kita lihat sejarah penghijrahan Murabbi
ummah Rasulullah saw bersama golongan muhajirin. Terfikirkah kita, mampukah
golongan muhajirin meninggalkan keluarga tercinta dan harta benda untuk
berhijrah jika tidak kerana mujahadah yang tinggi dan pengorbanan demi Islam
tercinta? Fikir-fikirkanlah…
Maaf, jika hujah tersebut berbentuk soalan
buat diri anda sendiri dan terlalu spesifik. Saya yakin, anda sendiri mampu
menjawabnya. (Hmm.. Ini bukan iklan jalan
raya.)
Ukhti Anymous : Betul tu Humaira. Saya setuju dengan pandangan dan hujah anda.
Lebih-lebih lagi bila ianya bertambah sukar apabila ramai yang menjengkelkan
penghijrahan yang kita lakukan. Orang selalu cakap belakang, ingat kita makan
luar. Kononnya, kita berhijrah sebab
semata-mata nak dapatkan lelaki soleh. Sebab nak tunjuk bajet baguslah. Sebab
tu bila saya nak lakukan penghijrahan, saya berfikir sehabis boleh.
Saya : Anda,
mengapa bahasa anda mulanya terlalu skema di situ? Ehem. Antara sebab utama
kenapa ramai yang menunda penghijrahan
adalah, disebabkan kita sering mencari pandangan manusia melebihi kuota yang
sebenar. Orang tu cakap itu dan ini, kita mula rasa give up. Akhirnya,
penghijrahan kita sering mengalami pertundaan. Tapi terfikirkah, apa pula
pandangan si Dia terhadap kita? Seperti kata-kata Hilal Asyraf, kita akan lelah
bila kita sering mencari pandnagan manusia, kerana manusia takkan puas.
Demikianlah juga hidup kita, kita di dunia untuk mencari redha Allah, bukan
redha manusia.
Kata putus!
Anda, jangan banyak alasan. Itu bahana pada
diri kita sebenarnya. Berhijrahlah mulai sekarang. Pada waktu ini, pada minit
ini, pada saat ini, dan pada ketika ini. Alasan bukan ubatnya, malah menjadi
racun hidup kita.
Mulakan penghijrahan anda kerana Allah. Muhasabah
diri dan Islahlah fikrah kita. Berhijrahlah kerana Allah, dan mulakan setiap
harimu dengan SENYUMAN!
Alhamdulillah, hidayah milik Allah!

berhijrah bukan satu masalaj yang besar..
ReplyDeleteTAPI untuk TETAP ISTIQOMAH DALAM PENGHIJRAHAN tersebut merupakan satu dugaan..
nice entry..
music background nie buat saya menitiskan air mata ketika membaca entry awak..
keep on writing ^____^
keep in touch yer
from ::Arkitek Hati::
Insyallah, terima kasih. moga terus bermanfaat buat ummah!
ReplyDeleteAwak juga, moga setiap pena yang bertaip menjadi saksi cinta terhadap Allah dan rasulnya.
Insyallah, tetaplah istiqomah! =)